Please love me because i never stop loving you my superman.

Hi October ? Smile :)
Sunday, September 30, 2012 | 3 comments

Assalammualaikum.


               *muka ceria mintak makan kaki tangan*

Welcome October ! sekarang ni ekpresi muka aku macam muka kat atas , #excited gila babeng.
Bulan ni aku boleh tersenyum indah dan bergelak ketawa dengan riang ria rayanya sebab aku tak sabar nak sambut birthday aku dua puluh haribulan ni . Tak sabar nak sambut dengan senget . *nak hadiah*
Tapi jangan cepat seronok sebab bulan ni jugak aku boleh menangis serta berdukacita akibat si Final Exam yang kian menjelma .
Korang gelak lah puas-puas. Fuh! Rase macam baru semalam jeh aku baru daftar dan habis orientasi yang menyesakkan jiwa tuh.
Tak sangka pejam celik pejam celik yang lusa ni aku dah start exam , paper english pulak tuh . *garu kepala*
Dalam hati nak study , memang aku bukak buku tapi sebelah buku tu siap ade laptop , boleh online lagi .
Bak kata mak aku , nanti kau menyesal kang kalau final kau tak buat elok-elok. Masalahnya memang gua cuak tapi gua rasa hmmphhhh .
Makin dekat final , makin menjadi-jadi perangai aku . Kemon lah ieka ! Time ni lah kau kena score lebih. Dah lah carrier mark kau tak seberapa tuh . *sedar sikit*


*roommate gila/mereng/senget dan sewaktu dengannya*

Kalau aku punya pointer tak capai , macam ni lah muka aku nanti . Kawan-kawan yang lain boleh berseronok , kau jeh muka macam ayam berak kapur nanti ieka .
Phewwww , tak boleh ! tak boleh ! Aku kene semangat melawan segala godaan syaiton seta godaan laman-laman sosial yang membuatkan aku leka serta alpa .Hahahaha .
Esok aku balik bangi dah , tak dapat dah nak bersenang lenang macam kat rumah ni . Aiyoo ma .
Apepun wish me luck for my exam this tuesday . Aku dah warning si senget aku merangkap pacar gua yang kalau aku tak boleh score paper selasa ni , aku marah dia sebab ia diibaratkan dia tak doakan aku .
Korang nak kata aku kejam ? Silakan . *winkwink*

Seterusnya , aku nak menzahirkan ketidakpuasan hati aku yang malam selasa ni aku rasa macam nak balik seremban balik . Hmphhhhh . 
Mak Abah , akak nak balik sebab nak tengok Negeri Sembilan vs ATM kat Stadium Paroi . Si senget tuh sanggup balik sebab bola . Tahulah dia Ultras Nogori .
Ini tidak adil , tidak adil bagiku . Kenapakah aku ade paper selasa tuh jugak , kenapa tak hari rabu , khamis , jumaat dan hari berikutnya.
Takpelah , lumrah sebagai student , so sebagai pelajar yang cemerlang , benda yang tak penting tuh boleh tolak ke tepi ataupun ke belakang dan seterusnya . *aku kang kene bash ni*

K , saya mahu tidur . Esok nak kemas-kemas . Karang bangun lambat , mem besar membebel pulok . Nite .